IPOH - Ketua Polis negeri, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid baru-baru ini telah merasmikan majlis penyerahan bantuan Jom ke Sekolah Kontinjen Perak.

Majlis tersebut bertempat di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini

Seramai 500 orang anak-anak warga polis negeri ini telah dipilih untuk menerima sumbangan berkenaan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Azizi Mat Aris; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah negeri, SAC Norzainy Mohd Noor dan Pengerusi Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Dato' Razali Shahabudin.

Sumbangan tersebut antara lain dapat meringankan beban warga polis yang berpendapatan sederhana apatah lagi bagi keperluan persekolahan anak-anak.