IPOH - Pada kelompok penjaja, peniaga dan usahawan yang mencari lokasi berniaga, ini peluang terbaik untuk meneroka rezeki.

Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh. (PUBI) mempelawa mereka yang berminat untuk mengisi slot berniaga di lokasi-lokasi bazar Ramadan.

PUBI telah dilantik oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai penganjur dan di lokasi Bazar Ramadan Taman Pinji Mewah, Bazar Ramadan Menglembu dan Bazar Ramadan Taman Temara.

Usahawan yang berminat untuk memohon boleh menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan datang terus ke pejabat PUBI untuk mengambil borang secara percuma.

Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut iaitu RM500 dan RM1,000 bagi lokasi di Taman Temara, Taman Pinji Mewah (RM450 dan RM900) dan Menglembu (RM450 dan RM900).

Mereka yang berminat boleh berhubung terus menerajui aplikasi www.wasap.my/60195773924/Bazar+Ramadhan | www.wasap.my/601151850661/Bazar+Ramadhan