IPOH- Warga bandaraya Ipoh kini berpeluang membeli belah di Pasar Grocer yang menawarkan barangan keperluan harian yang segar dan berkualiti tinggi.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @Md Daud berkata Pasar Grocer bukan sahaja sebagai pusat membeli belah barangan keperluan asas tetapi menyediakan juga khidmat memasak masakan segar ‘on the spot’.

“Kelainan konsep yang diperkenalkan oleh pihak pengurusan Pasar Grocer ini mampu membantu pelanggan yang sibuk dengan urusan seharian. Pelanggan hanya perlu menambah RM15 untuk dua pilihan hidangan sampingan mengikut citarasa masing-masing.

“Pasar Grocer juga memastikan semua barangan runcit dan harian yang dijual termasuk produk keluaran luar negara bebas dari bahan-bahan yang meragukan dan dijamin halal.

“Pengunjung juga boleh bersantai di Market Recaff Cafe untuk menikmati minuman berasaskan kopi. Mungkin harga barangan di sini lebih mahal sedikit jika dibandingkan di pasaraya-pasaraya lain, ini kerana barangan di sini kebanyakkannya adalah diimport dan kualiti barangan dijamin terbaik”, katanya kepada media selepas acara perasmian Pasar Grocer di Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, di sini hari ini.

Hadir sama, dua orang Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh iaitu Dato’ Ahmad Hariri Kamaruddin dan Ho Wai Mun.

Pasar Grocer beroperasi setiap hari bemula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.