IPOH - Proses cabutan undi bazar Ramadan Taman Temara di Dewan Orang Ramai Kampung Pengkalan Pegoh, Lahat berjalan lancar di bawah kendalian Persatuan Usahawan Bersatu Ipoh (PUBI) Perak.

Lokasi ini antara 25 tapak bazar Ramadan yang diberi kebenaran oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sepanjang bulan puasa nanti.

Pengerusi PUBI, Sharul Baha Abd. Rahman berkata, Sebanyak 50 tapak telah dibuka di bazar Ramadan tersebut melibatkan kira-kira 30 orang peniaga.

Menurut beliau, program tersebut diadakan dengan kerjasama MBI.

"Syukur hasrat untuk PUBI memberi kemudahan kepada peniaga-peniaga kecil mencari rezeki pada tahun ini telah tercapai.

"Terima kasih kepada pihak MBI kerana memberi kepercayaan kepada PUBI sebagai salah satu penganjur bazar Ramadan di bawah MBI," ujarnya.

Turut hadir pada proses pengundian ialah wakil Penghulu Lahat; wakil Perkeso negeri Perak dan wakil cawangan Maybank Station 18 yang hadir memberikan taklimat dan tawaran.