IPOH - Seramai 42 peserta telah berjaya menamatkan Kursus Sains Sukan Tahap 2 yang telah diadakan pada 14 hingga 19 Mac lalu bertempat di Dewan Serbaguna SUK Perak di sini.

Kursus anjuran Majlis Sukan Negeri (MSN) Perak ini untuk meningkatkan pengetahuan jurulatih dalam ilmu kejurulatihan khususnya aspek sains sukan.

Ia ke arah memajukan lagi prestasi atlet demi kecemerlangan sukan untuk negara.

Majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Sukan MSN Perak, Meor Shahriman Meor Ahmad Kasri.

Program turut mendapat kerjasama penceramah dan urusetia daripada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Institut Sukan Negara bagi menjayakan kursus kali ini.