MANJUNG - Jabatan Ketua Menteri Melaka telah mengadakan lawatan ke Majlis Perbandaran Manjung (MPM) yang turut disertai pihak berkuasa tempatan baru-baru ini.

Antaranya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Lawatan ini diketuai Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan, Unit Kerajaan Tempatan, Rosemanizam Mohd Nalif.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan pendedahan mengenai pelaksanaan Lesen Premis Digital myPATIL oleh MPM.

Pada lawatan ini, para peserta berkesempatan mengadakan lawatan ke premis-premis perniagaan yang dipasang peranti pintar myPATIL di Pusat Perniagaan Manjung Point 1, Seri Manjung.

MPM sebelum ini diiktiraf menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini melaksanakan sistem pelesenan digital atau dalam talian sepenuhnya dan secara menyeluruh.

Kaedah ini mengurangkan urusan secara bersemuka, menjimatkan masa dan kos pelanggan serta lebih cekap dalam kelulusan lesen, pungutan hasil dan penguatkuasaan