Koperasi Orang Asli terima geran bagi majukan ekonomi setempat
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 746
IPOH - Bantuan geran sebanyak RM50,000 dalam bentuk peralatan telah disalurkan kepada Koperasi Orang Asli Kampung Sungai Tiang, Gerik bagi memperkasakan ekonomi setempat.
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) negeri Perak/Kedah dalam kenyataan memberitahu, ia antara inisiatif berterusan kerajaan untuk memajukan komuniti berkenaan.
"Peralatan yang telah dibekalkan oleh Jakoa kepada koperasi tersebut ialah dua unit komputer riba, pencetak, peralatan siar raya, kamera dan peralatan pejabat.
"Ia bertujuan membantu koperasi dalam mempromosi ekopelancongan di Akekchep, Sungai Tiang yang mereka usahakan," ujar kenyataan itu.
Selain itu, Kampung Sungai Tiang turut menerima projek perkhidmatan internet tanpa wayar WiFi percuma melalui satelit di bawah Pelan Jendela.
Perkhidmatan ini diuruskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Kedua-dua majlis yang berlangsung di kampung tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakoa, Sapiah Datuk Mohd. Nor