MBI sentiasa prihatin pada petugas berpendapatan rendah
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 637
IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) meletakkan keprihatinan tinggi untuk menyantuni petugas-petugasnya dalam kategori berpendapatan rendah serta dibantu dalam aspek tertentu.
Ini juga selaras dengan hasrat supaya silaturrahim antara majikan dan petugas sentiasa dititikberatkan.
Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud berkata, pihaknya sentiasa prihatin pada aspek kebajikan para petugas, malah merasakan ia adalah tanggungjawab untuk sentiasa mengambil berat.
Menurut beliau, perkara itu telah diberi perhatian sejak dua tahun lalu menerusi program MBI Prihatin semasa negara berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Menerusi program MBI Prihatin kita mengambil berat membantu menyalurkan sumbangan pada golongan yang terkesan termasuklah para petugas MBI selain warga bandaraya ini.
"Jadi, memanglah wajar untuk kita membantu petugas sendiri khususnya kelompok berpendapatan kecil kerana mereka adalah aset yang sangat berharga," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Pincer MBI Studio Sdn. Bhd. (Pincer MBI Studio) di Hotel Impiana semalam.
Ia turut dihadiri pengurusan kanan Pincer MBI Studio iaitu Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kah Fee Yee@Thong dan Pengarah Eksekutif, Allyan Too serta Ahli Lembaga Pengarah.
Majlis tersebut bagi meraikan 31 kakitangan MBI untuk berbuka puasa dan menerima sumbangan raya sebanyak RM100 setiap seorang.