Perak SADC rai rakan media pada majlis iftar
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 784
IPOH -Bagi menghargai peranan dan sumbangan media, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) telah menganjurkan majlis iftar di Hotel Casuarina semalam.
Majlis Berbuka Puasa Perak SADC bersama Media Perak ini telah dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Yahanis Yahya bersama pengurusan kanan.
Pada majlis tersebut, beliau telah meluangkan masa beramah mesra bersama pengamal media pada majlis yang berlangsung dalam suasana santai tetapi meriah itu.
Tujuan utama majlis berbuka puasa ini diadakan adalah untuk merapatkan tali persaudaraan dan mewujudkan semangat kekeluargaan antara Perak SADC bersama rakan-rakan media di negeri ini.
Selain itu, media juga merupakan medium atau komponen terpenting dalam menyebarluas maklumat mengenai Perak SADC selaku pelopor dalam bidang agrotani dan keusahawanan.
Perak SADC juga akan terus komited dengan penganjuran pelbagai program yang mampu memberi nilai tambah dan impak positif kepada kerajaan negeri serta rakyat tanpa mengira latar belakang serta perbezaan warna kulit.