GOPENG - Seramai 50 orang anak-anak yatim dari beberapa buah rumah kebajikan diraikan pada Program Cahaya Aidilfitri anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Belia Daerah Sungai Siput (MBDSS).

Program yang berlangsung di Pentas Dalam Agromall RTC Gopeng Perak ini bagi menyantuni anak-anak berkenaan agar ceria menyambut kedatangan Aidilfitri.

Pada program tersebut, mereka telah dibawa membeli baju dan kelengkapan raya di pasaraya Mydin Mall

Majlis penyerahan baju raya dan duit raya pula telah disempurnakan khas oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri Perak, Ahmad Saidi Muhamad Daud.

Antara barang yang diterima adalah sepasang pakaian dan sedikit kudapan.

Usai sumbangan pakaian hari raya, anak anak istimewa ini kemudian dibawa ke Teratak Tempoyak Nda untuk majlis berbuka puasa bersama ahli ahli GPMS Perak.

Majlis ini turut dihadiri wakil dari GPMS Kebangsaan.