Sunway Berhad agih lebih 3,000 bubur lambuk
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 697
Ipoh- Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin hari ini menerima 200 bungkusan bubur lambuk dari pihak pengurusan Sunway Berhad sempena bulan Ramadan.
Menurut Rumaizi, sumbangan bubur lambuk itu akan diagihkan kepada kakitangan MBI dan pelanggan-pelanggan yang datang.
“MBI mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Sunway Berhad kerana menyampaikan sumbangan bubur lambuk yang sememangnya menjadi tradisi di bulan Ramadan ini.
“MBI juga akan mengadakan program bubur lambuk pada 21 April ini. Kita akan lakukan secara bergotong-royang dan akan mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai”, katanya selepas menerima sumbangan bubur lambuk daripada Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari, di hadapan Dewan Mesyuarat MBI, di sini kelmarin
Pada masa yang sama, Rumaizi turut mewakili pihak Sunway menyampaikan bubur lambuk kepada Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP), Rosli Mansor Ahmad Razali untuk diagihkan kepada pengamal-pengamal media Perak.
Nurul Nuzairi berkata, tahun ini Lost World Of Tambun mewakali Sunway Berhad dalam menyediakan lebih 3000 bungkusan bubur lambuk untuk diagihkan kepada pelbagai golongan di sekitar Ipoh dan daerah kinta.
“Pengagihan ini telah bermula dari Lenggong di mana kami ingin menyantuni golongan-golongan B40 yang tinggal kawasan terpencil.
“Kami juga mengagihkan bubur lambuk ke dua perkampungan Orang Asli di Ulu Kinta iaitu Kampung Makmur dan Kampung Chuh. Kami juga menyumbangkan kelengkapan rumah kepada mereka yang dirasakan perlu.
“Program CSR ini juga diteruskan ke sekolah-sekolah, penjabat-pejabat pentadbiran dan pengamal-pengamal media negeri Perak. Diharap sumbangan sekecil ini mampu menceriakan mereka yang kebanyakkannya berkhidmat tidak mengira masa”, ujarnya.