Jom sumbang dana - Pondok AQSA, pusat pengajian Al Quran sepanjang hayat
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 1108
Kuala Kangsar- Projek Pembinaan Pondok Pengajian Al Quran Dan As Sunnah (AQSA) berkonsepkan pengajian, resort dan rekreasi bakal menjadi pemangkin dan mercu tanda pembangunan ummah yang terulung di negeri Perak.
Pengerusi Pondok AQSA, Abdul Jabbar Mohammed Kahar atau lebih dikenali Iman Muda Jabar berkata cadangan membina Pondok Aqsa ini bertujuan mengembangkan ilmu Al-Quran dalam perspektif pengajian sepanjang hayat yang memfokoskan kepada golongan dewasa.
“Sekiranya perancangan ini berjaya, pembinaan Pondok AQSA ini akan menjadi mercu tanda khususnya bagi daerah Kuala Kangsar sebagai salah satu pusat pengajian yang menggabungkan tiga dalam satu iaitu pengajian, resort dan rekreasi.
“Pondok AQSA, terdiri daripada musolla, dewan kuliah utama, dewan makan berserta 44 unit chalet pondok dan juga ruangan rekreasi. Projek ini akan dibangunkan di Lot 6134, Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar, Perak.
“Keseluruhan dana pembangunan Pondok AQSA ini adalah sebanyak RM3.5 juta. Satakat ini sejumlah RM73,726.80 telah berjaya dikumpul dari bulan November 2021. Kita mensasarkan RM800,000 bagi memulakan pembangunan projek ini”, katanya kepada ketika ditemubual di Majlis Berbuka Puasa & Pelancaran Kutipan Dana Pondok Pengajian Al Quran & As Sunnah (AQSA) di Surau Al Husna, Taman Impiana, Kuala Kangsar, di sini semalam.
Menurut Abdul Jabbar, beliau mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana organisasi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu bagi mengumpulakn sumbangan dana sepertimana yang disasarkan mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan.
Sumbangan wakaf boleh disalurkan ke Pondok Pengajian Al Quran & As Sunnah AQSA di nombor akaun Maybank 5580 9707 6436. Untuk sebarang pertanyaan dan penghantaran slip transaksi, boleh lah menghubungi terus ke 012 387 8540 (Nadz) atau 016 971 9373 (Ustaz Abu Tasnim).