IPOH- Kini hampir sebulan Hari Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh 2022 (HUTBRI2022) ke-34 yang bermula 27 Mei 2022 lalu telah memperlihatkan kemeriah dengan penglibatan pelbagai pihak dan warga kota.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin Md@ Daud berkata penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam merayakan HUTBRI2022 sangat memberansangkan.

“Aktiviti-aktiviti yang telah dilangsungkan tenyata mampu mewujudkan perpaduan hormoni di kalangan para pengunjung  berbilang bangsa dan usia.

“Inilah kesempatan yang sesuai untuk orang ramai kembali beraktiviti setelah kita bersama-sama berjuang selama dua tahun lebih hidup dalam suasana pandemik Covid-19.

“Terdapat juga penyertaan  dari luar Perak, di mana pada hujung minggu mereka datang ke Ipoh semata-mata untuk menyertai program-program yang dilangsungkan seperti aktiviti Family Picnic Night @ Ipoh Car Free Nite, “ katanya ketika ditemubual baru-baru ini.

Sempena sambutan Hari Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh 2022 itu selain dari aktiviti-aktiviti berbentuk riadah, pelbagai keistimewaan telah ditawarkan kepada warga kota antaranya pada 27 Mei 2022 lalu, pengurangan 70% kompaun lalu lintas MBI, penggunaan Pusat Akuatik Tuanku Zara/padang secara percuma dan tiket bot percuma di Taman Rekreasi Gunung Lang.

Pada 26 Jun 2022 ini, akan berlansung acara explorace iaitu acara kemuncak yang melibatkan puluhan pasukan. Keutamaan penyertaan diberi kepada anak kelahiran negeri Perak. Acara lasak itu, dijadualkan bermula di Taman Rekreasi Gunung Lang dan di sekitar bandar raya Ipoh.