Ipoh: Kumpulan HIBANA  muncul juara Explorace 2022 setelah berjaya melengkapkan tugasan di lima check point yang diberi dengan catatan masa 58 minit.

Ahli kumpulan seramai empat orang itu, diketuai oleh Mohd. Razlin Roslan, 37, berkata kejayaan mengalahkan 45 peserta lain adalah kerana persafahaman dan ketangkasan mengatur strategi-strategi.

Kami mengamalkan sikap kerjasama dengan membahagikan tugasan-tugasan yang diberi. Keserasian di antara ahli-ahli adalah penting dalam membentuk kerjasama yang baik serta lancar.

Sebelum ini kami telah menyertai beberapa pertandingan explorace anjuran MBI sejak tahun 2016. Berdasarkan pengalaman yang ada, kami gunakan sebaik mungkin untuk menyelesai setiap tugasan.

Terima kasih kepada pihak MBI khususnya Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin di atas pengajuran explorace yang mencabar ini. Program ini berjaya mengetengahkan produk-produk pelancongan yang ada di sekitar Bandaraya Ipoh seperti Lorong Panglima, Taman Jepun, Jejak Warisan Datuk Sagor dan Kinta River Front”’ katanya yang bertugas di Jabatan Kerja dan Bangunan MBI. Beliau menerima wang tunai sebanyak RM1,500.

Para peserta diberi masa selama empat jam bermula 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Sekiranya peserta gagal menyudahkan tugasan dalam tempoh itu, ianya dikira gagal.

Pelepasan para peserta telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin @ Md Daud di hadapan Stadium Indera Mulia, Ipoh pada jam 8.00 pagi.

Naib johan jatuh kepada kumpulan UKS Team, dari Pejabat Datuk Bandar, Unit Komunikasi Strategik Majlis Bandaraya Ipoh.

Muhammad Faridzul Azmir Hamid, 32, selaku ketua kumpulan berkata kesefahaman dan kerjasama antara ahli pasukan menjadi asas utama dalam menyempurnakan semua tugasan yang diberi.

Sebelum hari pertandingan, kami telah berbincang apakah strategi yang harus kami ambil bagi memudahkan tugasan yang diberi. Selain itu, kami sentiasa positif dan saling mempercayai.

Program explorace ini harus diteruskan setiap tahun kerana selain menjadi aktiviti riadah yang sihat ia juga mampu membantu kerajaan negeri mempromosikan produk-produk pelancongan menerusi saluran media sosial yang dimuat naikkan oleh para peserta”, katanya yang menyudahkan semua tugasan selama 1 jam 20 minit, Beliau menerima wang tunai RM800.

Tempat ke-3 dimenangi oleh kumpulan Yayang, menerima wang tunai sebanyak RM500. Tempat keempat RM250, tempat kelima RM200, tempat keenam hingga kesepuluh RM150 dan tempat ke-11 hingga ke-20 menerima RM100.

Para pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Setiausaha Bandaraya, Ahmad Munir Ishak.Sebelum itu hadiah cabutan bertuah disampaikan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan Dewan Bandaraya Ipoh, Radin Afifi Ahmad Aruani.

Pengajuran Program Eplorace 2022, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ini bersempena Sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Ipoh ke-34 tahun. Pelbagai aktiviti lain turut mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai. -PERAKTASTIC-