Chemor: Orang ramai berpeluang menikmati harga promosi di pasaraya Econsave, Chemor sempena pembukaan rasmi cawangan baharunya hari ini, 1 July 2022.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata sempena pembukaan cawangan baru pasaraya Econsave itu sekaligus memberi peluang kepada penduduk setempat untuk membeli belah.

“Saya difahamkan, sempena pembukaan secara rasmi pasaraya Econsave Chemor ini, orang ramai berpeliang menikmati harga promosi selama tiga hari, iaitu bermula 1 dan 3 Julai 2022.

“Rebutlah peluang untuk membeli-belah di pasaraya ini, kerana harga yang ditetapkan sangat berpatutan. Seperti mana yang diketahui umum, harga kawalan ayam mentah sekarang ialah RM9.40 sekilogram tetapi harga promosi untuk ayam selama dua hari ialah RM7.99 sahaja.

“Ecovsave merupakan sebuah pasaraya yang aktif dalam menjalankan aktiviti kebajikan menerusi Econsave Prihatin yang telah banyak membantu golongan kurang berkemampuan. Econsave juga menjadi rakan strategik bersama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dalam melaksanakan program MBI Prihatin yang bertujuan membantu golongan terkesan akibat pandemik Covid-19”, katanya kepada Peraktastic selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu Econsave di Chemor, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus Econsave Cawangan Chemor, Shah Effendy Rosman berkata Econsave Chemor merupakan cawangan yang ke-15 di bandar raya Ipoh dan ke-17 di seluruh Perak.

“Cawangan ini, membuka peluang penduduk-penduduk seluruh bandar raya Ipoh khususnya penduduk setempat di sekitar Meru, Cepor, Chemor dan yang berdekatan untuk membeli belah di sini dengan selesa.

“Kami mengadakan promosi harga barangan terpilih selama tiga hari sebagai menghargai sokongan orang ramai selama ini. Kami sentiasa memastikan harga yang ditawarkan adalah yang terbaik selaras dengan objektif kami membantu dan mendekati semua golongan.

“Kami juga membuka peluang perniagaan kepada orang ramai yang berminat dengan menawarkan lot-lot kedai untuk disewa. Ini merupakan peluang baik untuk memulakan perniagaan kerana saya percaya cawangan baharu ini mendapat sambutan begitu menggalakkan. Saya difaham setakat dua jam beroperasi, hampir seribu pengujung membeli belah di sini. Kepada yang berminat bolehlah menghubungi Wanie (HQ) 019-513 1900”, katanya.