Ipoh- Penganjuran program My Love Quick Game ternyata mampu memupuk semangat berpasukan disamping mengeratkan perhubungan dalam sesuatu organisasi.

Penolong Pegawai Takbir Perpustakaan Tun Razak (PTR), Rohayu Mohd Tahir berkata sukan Quick Game merupakan satu pendekatan berkesan dalam bagi melatih individu yang produktif, kreatif dan jati diri.

“Kita mengadapatasikan Quick Game yang popular di negara luar ini selain bertujuan memupuk semangat berpasukan, ia juga dapat merapatkan perhubungan antara jabatan-jabatan dalam satu organisasi.

“Kita juga mahu merialisasikan hasrat Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin bagi mewujudkan persefahaman yang erat dalam kalangan kakitangan atasan mahupun bawahan.

“Sepertimana pengajuran program sebelum ini, kita mengetengahkan konsep pendekatan kepada masyarakat di mana ia dapat dilihat menerusi beberapa program sebelum ini antaranya My Love Didik Bistari, My Love Diri Mu Kekasih dan hari ini My Love Quick Game.

“Selain itu, kita mahu memperkenalkan bahawa PTR adalah sebuah gedung ilmu yang berwajah baharu disamping bahan-bahan bacaan yang berkualiti dan sentiasa dikemas kini”, katanya sewaktu sidang media selepas perasmian My Love Quick Game di PTR di sini, semalam.

Sebanyak 20 kumpulan menyertai Quick Game ajuran PTR. Penyertaan terdiri daripada kakitangan pelbagai jabatan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Setiap kumpulan diwakili seramai lima orang.

Sebanyak tujuh cabaran permainan menguji kesabaran, kreativiti, insiatif dan bakat harus dilakukan oleh para peserta. Setiap permainan mengambil masa lebih kurang enam ke tujuh minit.

Hadiah tempat pertama RM500.00 bersama hamper, kedua RM350,00 dan ketiga RM200.00.

Sementara itu, Ketua WHIP Ahli MBI, Dato’ Mazlan Abd Rahman berkata sukan Quick Game seharusnya diperkenalkan kepada semua jabatan dan organisasi. Sukan itu merupakan sukan komuniti yang banyak membantu mempertingkatkan prestasi diri dan kerjaya individu.

“Saya juga mencadangkan agar PTR pengajuran program berbentuk komuniti untuk anak-anak kakitangan MBI yang bakal menduduki peperiksaan seperti proram teknik menjawab soalan peperiksaan yang boleh dianjurkan bersama guru-guru dari Pejabat Pendidikan Daerah Kinta.

“Program Audit Solat, khusus untuk anak-anak kakitangan MBI mahupun masyarakat warga bandar raya boleh dianjurkan. Menerusi progam keagamaan ini sudah pasti mampu mendidik anak-anak kita cinta solat seterusnya melahirkan generasi berakhlak mulia kerana mereka adalah aset utama bagi negara”, ujarnya.