IPOH APRIL 17, 2020 – Kerajaan Negeri Perak akan mengajurkan bazar Ramadan Negeri secara konsep atas talian, S.M.A.R.T iftar@Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Dato Nolee Ashilin Dato Mohd Radzi berkata S.M.A.R.T iftar@Perak selaras dengan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid – 19.

"Pihak Digital Perak telah membangunkan platform digital  di laman web  https://digital.perak.my., dan ianya mula beroperasi untuk pendaftaran peniaga dan untuk tatapan pembeli akan bermula pada 1 Ramadan nanti.

"Laman web tersebut akan memaparkan direktori maklumat perniaga yang berdaftar dan disahkan oleh pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berserta menu Ramadan dan harga makanan", katanya pada sidang media di pejabatnya semalam.

Menurut Nolee lagi,  Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan DigitalPerak akan menjalinkan kerjasama dengan syarikat- syarikat perkhidmatan penghantaran makanan Foodpanda Malaysia Sdn. Bhd. (Foodpanda) dan Grab Malaysia (Grab) melalui GrabFood serta sistem Yezza bagi meneruskan S.M.A.R.T Iftar@Perak.  

Foodpanda dan GrabFood telah bersedia untuk memberikan diskaun sebanyak 5% daripada di atas pihak syarikat untuk komisyen makanan yang dikenakan ke atas pihak vendor (25% daripada 30% caj biasa).

Nolee juga menambah, pihak syarikat penghantar makanan juga telah menetapkan kuota bagi mendaftar dan menjadi penghantar makanan untuk menjamin kualiti perkhidmatan penghantaran.

“Jadi, kepada mereka yang ingin mendaftar juga tertakluk kepada ‘siapa cepat dia dapat’,” katanya kepada media tentang kemungkinan akan berlakunya kesesakan permintaan penghantar makanan pada waktu puncak", katanya yang merangkap porfolio Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.