Balai Polis Pulau Pangkor dirasmikan
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 946
MANJUNG - Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid telah merasmikan Balai Polis Pulau Pangkor pada 27 Julai lalu mengikut tradisi kepolisan.
Balai Polis Pulau Pangkor mula dibina pada 29 November 2011 dengan perbelanjaan kira-kira RM 22 juta.
Ia meliputi prasaranana seperti bangunan pentadbiran yang dilengkapi lokap, berek, surau, taman rekreasi serta lain-lain dan mula beroperasi sepenuhnya pada 27 Mac 2014
Majlis perasmian dimulakan dengan pemeriksaan kawalan kehormatan utama serta diserikan dengan persembahan Pancaragam PDRM Kontinjen Kedah dan tarian tradisional penari Muzium PDRM.
Seterusnya diikuti acara gimik perasmian iaitu menandatangani plak perasmian dan memotong reben sebagai simbolik perasmian.
Majlis kemudian diteruskan dengan lawatan Ke Balai Polis Pulau Pangkor dan acara menanam pokok bonsai.
Turut hadir Orang Besar 32 negeri Perak, Toh Kelana Perkasa Ismail Balua dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pangkor, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.