Serdang: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dipilih mengetuai Jawatankuasa Kebersihan di program Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) Serdang, Selangor.

Pemilihan itu dibuat oleh Jawatankuasa Induk MAHA 2022 Negeri Perak bagi program MAHA yang berlangsung selama 11 hari, bermula 4 hingga 14 Ogos.

Seramai 20 anggota Jabatan Taman & Landskap MBI yang diketuai Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Ahmad Marzuki Abdul Aziz telah ditugaskan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di seluruh kawasan tapak Pavillion Perak dari 1 hingga 16 Ogos 2022.

MAHA 2022 adalah pameran pertanian terbesar dan berprestij menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan potensi nilai jualan lebih RM250 juta.

Sebanyak lapan laman disediakan, antaranya pertanian dan penternakan dengan terdapat 22 segmen yang menampilkan tarikannya tersendiri.

Dijangkaan seramai 100,000 keha­diran pengunjung setiap hari sepanjang program berlangsung.