Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak beri manfaat pada rakyat
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 909
IPOH - Lebih 2,000 pengunjung hadir pada program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, Ipoh sehingga jam 12.00 tengah hari ini.
Program edisi kelima itu merupakan platform terbaik bagi segenap lapisan rakyat untuk bertemu pemimpin negeri bagi menyampaikan permasalahan.
Selain itu, ia juga peluang kepada orang ramai mendapatkan gambaran sebenar tentang pelaksanaan pelbagai program kerajaan yang sedang dilaksanakan.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad mengetuai barisan Ex-Officio dan seluruh barisan EXCO Kerajaan Negeri Perak.
Sesi lintas langsung turut diadakan pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak termasuk kunjung ke Kedai Bergerak Negeri Perak (KBNP).
Pengunjung yang berberbelanja RM25 ke atas di KBNP layak membeli ayam segar pada harga RM4 seekor.
Selain itu, pengunjung juga dapat melaksanakan urusan dan mendapatkan perkhidmatan dari kaunter bergerak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan Yayasan Bina Upaya.
Turut membuka kaunter ialah Jabatan Pengangkutan Jalan, LPPKN ,Telekom Berhad serta mendapatkan info terkini daripada Jabatan Penerangan Negeri Perak.