Respons segera MBI legakan komuniti setempat
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 697
IPOH - Respons segera Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dipuji apabila bertindak susulan menerima aduan berkaitan pokok besar di Persiaran Simpang Pulai 5 di sini.
Penduduk sebelum ini telah mengadu pokok besar bersebelahan pasar Simpang Pulai yang mengundang risiko keselamatan.
Penyelaras MCA Parlimen Gopeng, Cally Ting berkata, pihaknya telah memanjangkan aduan tersebut kepada MBI yang telah memberi respons segera.
"Terima kasih atas tindak balas pantas MBI mencantas dahan pokok yang berisiko bagi menjamin keselamatan orang awam.
"Kerja-kerja pembersihan yang dilakukan memberi kelegaan kepada penduduk tempatan khususnya orang ramai yang berkunjung ke pasar," ujarnya.
Kata Cally, pasukan Khas Infra MCA Gopeng sentiasa responsif atas sebarang aduan yang melibatkan komuniti setempat bagi memastikan ia dapat diatasi dengan segera.
"Kami akan terus berusaha dan bersuara #DemiKesejahteraanGopeng," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, MCA Gopeng turut sama menjayakan kempen kutipan derma untuk seorang lelaki, Encik Tu bagi menggantikan kaki palsu yang rosak.
Usaha tersebut telah mendapat perhatian daripada masyarakat dan orang awam, termasuk Persatuan Amal Chin Seng Kok, Cameron Highland.
"Terima kasih ahli-ahli persatuan yang murah hati menderma RM2,000 kepada Encik Tu.
"Saya berharap orang ramai juga dapat tampil dan menghulurkan bantuan kepada Encik Tu," ujarnya.
Orang ramai yang mempunyai sebarang masalah atau aduan bolehlah menghubungi Hotline Pejabat Penyelaras MCA Parlimen Gopeng ditalian 016- 5605125.