Penduduk Zon 17 akan dapat tong sampah percuma
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 836
IPOH - Agihan tong sampah percuma Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan diteruskan dan kali ia ia melibatkan penduduk disekitar Taman Desa Aman, Desa Pengkalan Indah, Taman Seri Megah dan Taman Berkat.
Proses agihan tong sampah ini akan berlangsung selama dua hari iatu pada 20 dan 21 Ogos 2022 (Sabtu dan Ahad).
Ahli Majlis Zon 17 MBI, Kaunselor Nor Afzainizam Salleh berkata, pihak MBI berbesar hati untuk mengedarkan tong sampah secara percuma kepada penduduk di kawasan kejiranan tersebut.
Katanya, semua penduduk taman-taman perumahan yang disebutkan tadi dapat memberikan kerjasama semasa edaran dijalankan.
"Edaran akan dilakukan dari rumah ke rumah. Tunggu sahaja di rumah dan para petugas MBI akan datang ke rumah.
"Kepada penerima, cuma perlu tunjukan MyKad anda kepada petugas MBI yang bertugas untuk rekod penerimaan tong sampah tersebut," ujarnya.
Pelancaran program tersebut akan diadakan pada Sabtu di hadapan Surau Ar-Rahmaniah, Taman Desa Aman pada pukul 8 pagi.