IPOH - Projek penyambungan Jalan Meru - Klebang yang dijangka siap tahun depan terpaksa dilanjutkan sedikit disebabkan kelewatan di tapak kerja.

Projek tersebut yang dijayakan menerusi inisiatif kewangan swasta (private finance initiative - PFI) antara pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama pemaju.

Projek ini telah dibahagikan kepada 2 fasa iaitu fasa A untuk pembinaan jambatan dan fasa B adalah untuk pembinaan jalan.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, syarikat kontraktor telah dilantik untuk pembinaan jambatan pada 15 Februari lalu dan dijangka akan disiapkan pada 13 September ini.

Bagaimana pun kata kenyataan itu, terdapat kelewatan semasa proses pelaksanaan kerja cerucuk mikro disebabkan struktur batuan bawah tanah yang mempunyai kaviti.

"Pihak MBI telah melanjutkan tempoh siap kerja bagi pembinaan jambatan ini selama 5 minggu.

"Kemajuan kerja ditapak sehingga kini adalah 80 peratus dan dianggarkan dapat disiapkan sepenuhnya pada 18 Oktober ini.

"Manakala pembinaan jalan pula akan dimulakan pada hujung September ini selepas perlantikan kontraktor dilaksanakan," jelas kenyataan tersebut.

Pembinaan projek ini akan memberi lebih keselesaan dan kemudahan kepada penduduk sekitar kawasan tersebut.

Siap kelak, pengguna jalan raya dari Chemor dapat menjimatkan 20 minit tempoh perjalanan ke Meru dan Klebang apabila Jalan Utama Meru Raya- Klebang.