IPOH - Seramai 100 orang kanak-kanak telah menyertai program 'Healing Bears Project' yang diadakan di Hospital Pantai Ipoh di sini Ahad lalu.

Hospital Pantai Ipoh dalam kenyataan memaklumkan, program ini terbuka khas kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 8 tahun.

Menurut kenyataan itu, objektif program adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak seawal 5 tahun mempelajari kemahiran pertolongan cemas.

"Kanak-kanak boleh mempelajari cara untuk membalut luka dan pemahaman asas mengenai penjagaan luka.

"Para peserta dibawa menaiki ambulans bagi merasai pengalaman umpama menjadi petugas perubatan," ujar kenyataan itu.

Selain itu, sesi ceramah kesihatan oleh Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pakar kanak-kanak & pakar pemakanan diatur khas kepada para ibu bapa peserta.

Tajuk ceramah kesihatan ini adalah memfokus pada Kanser Ginekologi, Influenza kepada kanak-kanak dan diet sihat bagi kanak-kanak.

Pada akhir program ini, majlis penyampaian hadiah kepada para peserta diadakan.

Setiap peserta menerima patung beruang, beg cenderahati dan sijil pengiktirafan misi. -PERAKTASTIC-