Ipoh-Sehingga Selasa lalu, sebanyak 87 tan metrik sisa elektrik dan elektronik (e-waste) dikumpul dengan kerjasama semua pihak.

Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin @ MD Daud  berkata, sasaran yang telah ditetapkan adalah 100 tan metrik menjelang 30 November tahun ini.

"Orang ramai dijemput menyertai dan membawa buangan e-waste seperti laptop, komputer, telefon bimbit, peti sejuk, pendingin hawa, mesin basuh dan lain-lain, (tidak termasuk lampu terpakai dan bateri terpakai) untuk ditukarkan kepada wang.

"Bagi meningkatkan penglibatan orang awam dan sebagai tanda penghargaan serta terima kasih kepada peserta aktiviti pengumpulan e-waste, MBI dengan kerjasama Syarikat Edsha Solutions Sdn Bhd menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai RM10,000 kepada semua peserta untuk dimenangi.

"Tambahan pula semua peserta yang menghantar e-waste kepada pihak kontraktor akan menerima token secara tunai mengikut harga yang telah ditetapkan," katanya

"Katanya lagi, peserta juga berpeluang menyertai hadiah cabutan bertuah yang disediakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM 33,000 di peringkat negeri

"Orang ramai yang mahu menghantar buangan e-waste boleh merujuk poster yang diedarkan melalui media, media sosial dan portal MBI,"  ujarnya ketika berucap sempena Mesyuarat Penuh Majlis Bulan September, di Dewan Mesyuarat MBI, di sini pada hari ini.

Ends