Program Derma Darah Zon 21 MBI berjalan lancar
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 695
IPOH - Lebih 80 penderma tampil menyumbang pada Program Derma Darah di Dewan Carsem, Kampung Melayu Sungai Rapat di sini semalam.
Ia merupakan anjuran Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, JPKK dan JPP Zon 21 dengan kerjasama Papisma, NGO Permai dan NGO Kawan.
Ahli Majlis MBI Zon 21, Kaunselor Abu Bakar Hussian berkata, program itu yang turut disertai agensi lain seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).
Menurut beliau, penganjuran kali ini bukan sekadar program derma darah sahaja tetapi melibatkan aktiviti pemeriksaan kesihatan khusus kepada kaum wanita.
"Kita mahu orang ramai mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di mana mereka juga boleh mendapatkan nasihat pegawai perubatan.
"Adalah menjadi hasrat kerajaan untuk mengambil berat pada soal kesejahteraan rakyat termasuklah dalam hal kesihatan.
"Justeru, penglibatan pihak NGO pada program ini sangat kita hargai," ujarnya.
Pihaknya turut berharap agar penganjuran program seumpama itu akan dapat memberi kesedaran kepada umum untuk sama-sama tampil menderma darah.
Seawal pukul 9 pagi penduduk setempat telah hadir di Dewan Carsem Kampung Melayu Sungai Rapat mengisi borang sebelum diperiksa petugas kesihatan untuk menderma darah.
Dalam pada itu, Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada para penderma yang hadir menderma.
"Sesungguhnya menderma darah adalah perbuatan yangikhlas dimana penerima tidak mengetahui siapa pendermanya.
"Bakti dan jasa para penderma darah khususnya penderma darah yang aktif cukup bermakna kerana mereka dapat membantu para pesakit atau individu yang memerlukan bekalan darah khususnya di tabung darah hospital," ujarnya.