PEISB Seksyen Ipoh selesaikan aduan pengguna
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 870
IPOH - Puncak Emas Infra Sdn. Bhd. (PEISB) menerusi Seksyen Ipoh telah menjalankan beberapa kerja-kerja pembaikan dan senggaraan termasuk aduan awam.
Semalam, pihak Seksyen Ipoh telah melakukan beberapa kerja tampalan sementara di sepanjang kawasan Jalan Tambun.
PEISB dalam kenyataan memberitahu, kerja tersebut perlu dilakukan segera berdasarkan beberapa aduan yang melibatkan jalan berlubang.
Kata kenyataan itu, pihak penyelia telah menghantar pasukan 'Inhouse Team' ke kawasan tersebut.
"Kerja tampalan menggunakan Coldmix telah digunakan supaya tampalan ini bertahan lama," jelasnya.
Pada Selasa pula, kerja pembersihan 'vegetation' di kawasan 'road kerb' telah dilaksanakan di Jalan Jelapang.
Ini merupakan salah satu laluan yang sering terjadinya masalah air bertakung dan banjir kilat.
"Kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak Rakan Niaga (RN) ini telah dipantau sepenuhnya oleh Supervisor PEISB Seksyen Ipoh, Izwan Shah.
"Sementara itu, pada Isnin pihak PEISB Seksyen Ipoh telah menyelesaikan satu aduan melibatkan jalan berlubang di Hala Bercham Timur 11 yang diajukan Kaunselor Dr. Richard Ng (Ahli Majlis MBI).
"Penyelia lokasi mengambil tindakan pantas dengan memberi arahan kepada pasukan "Inhouse Team" untuk membuat kerja tampalan sementara dengan menggunakan Coldmix," ujar kenyataan itu lagi.
Kerja tampalan ini selesai dilaksanakan sepenuhnya pada pukul 3.30 petang.