MB Inc sumbang televisyen pintar bantu pembelajaran warga SK Alor Pongsu
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 767
BAGAN SERAI - Dua buah televisyen pintar disumbangkan bagi untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran anak-anak Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Pongsu kelmarin.
Sumbangan disempurnakan Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Dato’ Sham Mat Sahat kepada Guru Besar SK Alor Pongsu, Mohamad Salji Yunus.
Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc. Perak, Anuar Zainal Abidin.
Sumbangan ini adalah salah satu inisiatif teras tanggungjawab sosial korporat (CSR) MB Inc. yang memfokuskan kepada bidang pendidikan selain alam sekitar dan sosial.
Dalam kenyataanbya, MB Inc memaklumkan, sumbangan ini juga dapat memudahkan para guru membuat penjelasan yang lebih realistik berbanding penerangan secara lisan.
"Atas keprihatinan MB Inc. kepada perkembangan dan keperluan sekolah, kami berharap dengan sumbangan ini dapat memberi keselesaan kepada seluruh warga SK Alor Pongsu.
"Ini juga dapat membantu meningkatkan motivasi guru dalam memudahkan proses Pembelajaran dan Pengajaran (PDP) murid di sekolah kelak," ujar kenyataan tersebut .