IPOH - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh (RPS) mencipta kejayaan tersendiri apabila muncul juara Pengumpulan E-Waste Terbanyak (kategori sekolah menengah) sempena Hari Alam Sekitar Negara 2022 Peringkat Negeri Perak.

Kejayaan ini terus menjarakkan kecemerlang SMK RPS sebagai di antara sekolah terbaik dalam bandaraya Ipoh.

Pada 19 Oktober lalu sempena Sambutan Hari Inovasi Negeri Perak, SMK RPS telah mengumpul RM10,000 meraih Johan Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau Tahun 2022.

Ia melalui tajuk inovasi RPS BIOBOOSTER serta menerima Anugera Khas Inovasi Usahawan Tani Menteri Besar.

Anugerah ini adalah sumbangan khas daripada Perbadanan Pertanian Negeri Perak kepada kumpulan Inovasi yang berpotensi dalam bidang usahawan tani.

SMK RPS melalui tajuk inovasi tersebut telah berjaya membuktikan kemampuan dan mempunyai semangat tinggi dalam mengkomersialkan produk inovasi yang telah dihasilkan di pasaran.

Sekolah itu juga telah berjaya dianugerahkan Green Flag Eco School peringkat antarabangsa daripada Pertubuhan Green Growth ASEAN Foundation yang berpengkalan di Denmark Oktober lalu.

Pada masa sama, SMK RPS juga disenaraikan antara lima tandas kategori sokolah terbaik peringkat kebangsaan.

Rahsia kejayaan ini adalah kerjasama berpasukan antara PIBG dan pihak sekolah.

Komitmen ini diketuai oleh Yang Dipertua PIBG SMK RPS, Mohd Syahrizal Azmi dan pengurusan sekolah iaitu Pengetua SMK RPS, Wiza Rozahrin Mohamed Radzi, guru-guru dan para pelajar.

Semoga kejayaan ini akan meletakkan SMK RPS antara sekolah terbaik di Malaysia.