IPOH - Institut Darul Ridzuan (IDR) telah mengadakan latihan pengurusan projek bagi memantapkan kemahiran pengurusan projek secara sistematik.

Ia juga bagi meningkatkan daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan pegawai IDR.

Latihan yang dijalankan secara interaktif ini membawa para peserta kepada perihal pengenalan dan perkembangan disiplin pengurusan projek secara strategik.

Dikendalikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Azizul Hakim Abd. Karim turut memberi pendedahan kepada pegawai mengenai amalan terbaik dalam pengurusan projek.

Selain juga menerapkan budaya kerja yang teratur dan sistematik dalam pengurusan projek dan program.

Program pembangunan kapasiti ini akan giat dilaksanakan dalam usaha IDR ke arah membangunkan bakat yang berpengetahuan dan kompeten abad ke-21.