IPOH - Musim cuti persekolahan menandakan bermulanya satu lagi musim biasa bagi kalangan anak-anak iaitu majlis berkhatan.

Jika di kampung pada masa dahulu, ibu bapa atau keluarga akan mengadakan kenduri kesyukuran, bagaimana pun situasinya kini berubah tetapi majlis meraikan kanak-kanak itu masih dilakukan.

Hospital Ar-Ridzuan misalnya mengambil inisiatif menganjurkan majlis sambutan sempena Program Berkhatan yang diadakan sepanjang musim cuti cuti sekolah Disember ini.

Dalam kenyataan, Hospital Ar-Ridzuan memaklumkan, kali ini kira-kira 120 kanak-kanak terlibat.

"Pada majlis sambutan tersebut yang diadakan minggu lalu sekitar 250 orang yang hadir termasuk ahli keluarga sekali gus memeriahkan suasana pada hari berkenaan.

"Kanak-kanak ini diraikan dengan perarakan beramai-ramai bersama paluan kompang dan berakhir dengan mandian dari pancuran air bomba" ujar kenyataan itu.

Daripada jumlah kanak-kanak ini, bagaimana pun hanya 36 sahaja yang menyenangkan majlis berkhatan pada hari berkenaan.

Jumlah selebihnya pula akan berkhatan pada hari lain sepanjang Disember ini.