“Melalui program ini saya berpeluang melakukan pelbagai ujikaji sains yang mengembirakan. Saya juga dapat mengetahui saya tentang misteri alam semesta yang berkaitan dengan astronomi,” kata Nur Fatin Aliya.

Nur Fatin Aliya Rosli Mansor, 10, merupakan salah seorang kanak-kanak yang menyertai program Little Astronauts 2023 anjuran Pantai Hospital Ipoh, hari ini.

“Paling mengembirakan saya apabila saya diterangkan tentang bagaimanakah struktur lapisan bumi dan susunannya, ujikaji kereta bermagnet, pelangi gunung berapi dan banyak lagi.

“Saya sangat meminati pembelajaran sains, melalui program ini saya banyak menimba ilmu pen getahuan, pengalaman dan kawan-kawan baru dari pelbagai bangsa, terima kasih Pantai Hospital,” katanya selepas majlis penyampaikan sijil dan ‘goodies bag’ kepada semua peserta oleh Pakar ENT, Dr. Khor Kee Guan dan Pakar Neurologi, Dr. Lau Kar Foo.

Program Little Astronauts 2023 yang berlangsung selama empat jam itu, terbuka khas kepada kanak-kanak berusia tujuh hingga 10 tahun dengan jumlah keseluruhan peserta melebihi 100 orang kanak-kanak.

Objektif utama aktiviti itu adalah untuk memberi peluang kepada kanak-kanak supaya dapat meneroka lebih lanjut tentang misteri alam semesta dan pengetahuan berkaitan astronomi.

Ibu bapa peserta juga berpeluang mengikuti sesi ceramah kesihatan oleh Pakar ENT, Pakar Neurologi & Pakar Pemakanan. Tajuk ceramah kesihatan ini fokus kepada masalah telinga dalam
kalangan kanak-kanak, strok dan cara jaga berat badan kanak-kanak yang sihat. - PERAKTASTIC-