GOPENG - Gopeng Glamping Park menerima pengiktirafan apabila diberikan pensijilan MS 2610:2015 Muslim Friendly Hospitality Services For Accommodation (Glamour Camping Tents) Food and Beverages, Recreational and Adventure Activities.

Lokasi popular yang terletak di Gopeng ini merupakan camping site yang ketiga di dunia dalam kategori Glamour Camping Tents mendapat pensijilan tersebut

Ini sekali gus meletakkan pusat perkhemahan ini sebagai camping site yang mempunyai kelasnya tersendiri dan sudah pasti akan memberikan nilai tambah kepada syarikat ini untuk terus berkembang.

Komitmen tinggi syarikat serta inisiatif MARA melalui kemudahan geran bagi Program Pensijilan Usahawan - Business Enrichment, Standardization and Transformation (BEST) juga membantu usaha syarikat untuk mendapatkan pensijilan tersebut.

Sijil penghargaan ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) MARA, Dato’ Zulfikri Osman semasa melawat ke camp site tersebut pada Jumaat lalu.