IPOH - Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) telah mengadakan program Xplorasi Kampus dengan kerjasama Perak Entrepreneur and Skills Development Centre (PESDC) di kampus pusat kemahiran itu di Pusing kelmarin.

Program ini melibatkan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar PESDC.

Objektifnyai bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang persediaan menghadapi temuduga sebelum alam pekerjaan dan penulisan resume yang baik.

Pasak menerusi hantaran pada laman Facebook memaklumkan, pelajar juga didedahkan ciri-ciri yang dicari oleh pihak penemuduga dan juga sebab mengapa lepasan graduan kurang diterima kerja.

"Sesi taklimat ini disampaikan oleh Puan Saripah Rodiah Ahmad dari Vale Malaysia Mineral Sdn Bhd.

"Terima kasih diucapkan kepada peserta atas kesudian menghadirkan diri dan kepada penceramah atas kesudian berkongsi ilmu.

"Semoga apa yang dikongsikan semasa program ini dapat memberi tambah nilai kepada diri peserta yang hadir," ujar kenyataan itu.

PASAK sangat terbuka dalam bekerjasama dengan mana-mana pihak khususnya yang melibatkan golongan belia dan masyarakat setempat untuk diberikan latihan dan pendedahan kepada mereka.