Perak Online Tourism Symposium 2020
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 614
IPOH: Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi memberi peringatan tegas kepada semua pemain industri pelancongan agar memastikan tahap keselamatan pelancong dikawal rapi selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir kelak.
“Pihak kerajaan akan memperketatkan lagi ciri-ciri keselamatan dan pencegahan covid 19 berlandaskan tatacara pengendalian piawaian oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sektor pelancongan di negeri ini aktif semula.
“Kita mahu tahap keselamatan pelancong seratus peratus terjamin selepas krisis covid 19 ini berakhir. Kesemua agensi dan pemain industri pelancongan diharuskan menjalani krusus pengurusan keselamatan dalam menemukan garis panduan yang selamat dan menyakinkan pelancongan untuk melancong ke Perak”, katanya semasa sesi Live @ Perak Online Tourism Symposium 2020 (POTS)
Program yang berlangsung selama satu jam di aplikasi talian Webinar itu dianjurkan dengan kerjasama dua pihak iaitu Malaysian Productivity Corporation (MPC) dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Perak (PPPBP).
Sesi secara langsung itu dipengerusikan oleh Setiausaha, PPPBP Azian Arif. Turut dihadiri sama oleh Menteri Besar Perak Dato Seri Faizal Azumu dan Pengerusi PPPBP, Zamari Muhyi.
Faizal Azumu berkata kerajaan negeri sentiasa mencari jalan bagaimana untuk menjana kembali kestabilan ekonomi negeri Perak.
"Bukan sahaja industri pelancongan terjejas disebabkan krisis Covid 19, malah semua industri menerima impak yang besar.
"Inilah masa terbaik bagi para pemain industri pelancongan untuk sama-sama berbincang bagi melahirkan idea-idea yang berkesan untuk dilaksanakan selepas krisis covid 19 berakhir", katanya.
Pada masa yang sama Nolee Ashilin juga menegaskan tiga fokos utama bagi mempastikan kerjasama semua pihak mencapai matlamat antaranya:
1- Penjenamaan semula dan mengenal pasti semua produk pelancongan sedia ada.
2- 'Imbound Travelling' bagi meningkatkan pelancongan domestik.
3- Pengenalan pelancongan kesihatan. Namun ini merupakan pelan jangka masa panjang pelancongan di Perak.
"Saya juga menekankan konsep food tourism secara 'food delivery' dalam platform digital harus mematuhi piawaian agar industri ini selamat untuk pengguna.
"Jika dahulu kita mensasarkan pelancong antarabangsa, kini kita akan lebih mensasarkan pelancong tempatan seperti keluarga dan para peniaga tempatan mengikut tred semasa.
"Kerajaan negeri mungkin akan mengambil masa selama tiga bulan bagi memperkasakan semula perkembangan industri pelancongan yang telah terjejas apabila selesai penularan wabak covid19 ini nanti", katanya yang baru menjawat jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, KerajaanTempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Negeri Perak.