Nolee Prihatin Rakan Media
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 601
IPOH: Menyedari akan kesulitan dan kesempitan segelintir pengamal media dalam menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, KerajaanTempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan Dato’ Nolee Ashilin Mohamed Radzi tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan kelangsungan kehidupan.
Dato’ Nolee Ashilin berkata sumbangan yang dihulurkan sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada pengamal media melalui Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP).
"Saya difaham oleh Presiden KSKMP bahawa ada sebahagian rakan media yang berpendapatan kecil dan ada yang berkerja sendiri malah hilang mata pencarian semenjak pengurangan tenaga kerja dibidang media cetak khasnya.
"Saya berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan kehidupan mereka seharian sementara tempoh PKP ini.
"Rakan-rakan media juga merupakan frontliner kita yang banyak membantu menyebarkan berita-berita. Mereka juga berhadapan dengan perbagai risiko dalam mendapatkan berita sewaktu wabak covid 19 sekarang ini", katanya.
Sumbangan berupa barangan keperluan harian, sanitizer dan wang saku disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak, Zuraida Md Taib. Sementara itu pihak Degital Perak turut menyumbangkan face mask yang sampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, En. Meor Rezal Fitri Dato' Dr. Haji Meor Redwan.
Sementara itu Pengerusi KSKMP, Rosli Mansor Ahmad Razali berkata sumbangan yg diterima memberi erti yang besar terutamanya kepada rakan media yang tidak mempunyai pendapatan bulanan yg tatap
"Kami memfokus rakan-rakan media yang berkerja secara sambilan yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Begitu juga rakan media yang berpendapan kecil. Dalam keadaan PKP ini mereka harus keluar mencari rezeki bagi menyara keluarga masing-masing.
"Terima kasih tidak terhingga kepada Dato Nolee Ashilin di atas keperihatinan beliau. Ianya sangat-sangat berharga terutamanya kepada meraka yang telah hilang pekerjaan dibeberapa buah syarikat akhbar baru-baru ini ", katanya.