IPOH - Pembinaan Pusat Rehabilitasi Neuro-Robotik dan Cybemics Kebangsaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Bandar Meru Raya di sini berjalan lancar dan mengikut jadual.

Dijangka siap pada tahun 2024, ia bakal menjadi pusat rehabilitasi tercanggih dengan teknologi rawatan moden.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, projek kini berada pada fasa pembinaan peringkat kedua, iaitu superstructure atau tahap 11.86 peratus penyiapan.

Menurut beliau, fasa pertama dibangunkan di atas tanah berkeluasan 38.47 ekar yang meliputi 11 biok dengan keluasan lantai kasar 929,909.22 kira-kira kaki persegi.

"la bakal menjadi sebuah Pusat Rehabiitasi Kebangsaan yeng terunggul di Malaysia dan hub kepada perkhidmatan neuro-robotik terbesar bukan sahaja di rantau Asia Tenggara, malah di seluruh dunia.

"Pusat rehabiitasi ini juga akan menjadi Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) bagi program-program Rehabilitasi dan Retum To Work PERKESO pada peringkat global," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak pembinaan projek pagi tadi.

Sivakumar kemudiannya diberi taklimat mengenai kemajuan projek oleh perunding utama arkitek dalam satu sesi taklimat di Hotel Casuarina@Meru.

Turut hadir Ketua Eksekutif PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ahli Lembaga PERKESO, Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Kerja-kerja pembinaan pusat rehabilitasi tersebut bermula setelah majlis pecah tanah diadakan pada 11 Jun 2022.

Pusat ini mampu memuatkan 700 orang pesakit pada satu-satu masa dan akan dilengkapi dengan kemudahan teknologi robotik terkini seperti rawatan neurorobotik dan Cybernics dari Jepun.

Kemudahan dan perkhidmatan yang akan disediakan bertumpu kepada rehabilitasi perubatan dan vokasional yang holistik, berdasarkan konsep rehabilitasi sepanjang hayat.

Ini merupakan pusat rehabilitasi kebangsaan kedua selepas Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Razak di Melaka.

Tambah Sivakumar, projek pusat rehabilitasi ini bakal menjana impak yang signifikan dari segi sosio-ekonomi dan pembangunan negeri dengan pewujudan banyak peluang pekerjaan.

"Ia turut menyumbang pada pembangunan modal insan, perkembangan pelancongan kesihatan dan kemudahan kesihatan yang berkualiti demi kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

"Ini kerana pusat ini juga boleh menawarkan rawatan kepada pesakit luar negara misalnya serantau sekali gus memacu pelancongan kesihatan," ujarnya.