Oleh Balqis Jazimah Zahari

IPOH: Orang ramai berpeluang menikmati kemeriahan 'Perak Pavillion Festival' di Aeon Midtown Falim Shopping Centre.

Pesta makanan dan karnival jualan antara yang terbesar itu berlangsung daripada 28 Februari hingga 5 Mac ini bermula daripada jam 9 pagi hingga 10 malam.

Festival dimeriahkan dengan pelbagai program dan aktiviti permainan, pertandingan, persembahan konsert artis dan busker.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik antaranya karaoke, tarian zumba, jualan selebriti,foodtruck, acara badut dan maskot, kereta neon serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan penginapan ke luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri, Salbiah Mohamed hadir bagi merasmikan pembukaan festival berkenaan semalam.

Menurutnya, program anjuran Pertubuhan Usahawaniaga Perak itu diadakan bersempena Tahun Melawat Ipoh 2023.

"Banyak usahawan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang hadir menjual produk masing masing.

"Sesuai dengan objektif program iaitu untuk memberi ruang dan peluang kepada usahawan PKS mempromosikan produk mereka. katanya.

Katanya, beliau selaku exco bertekad akan terus membantu dan mendokong usahawan dengan pelbagai cara demi pembangunan usahawan di negeri ini.