IPOH - Kumpulan syarikat-syarikat Bonanza Venture Holdings (BVH) telah mengadakan majlis makan malam dalam suasana cukup meriah di Hotel Weil malam tadi.

BVH melibatkan entiti pembangunan hartanah (Kinta Properties) sebagai asas kumpulan selain hospitaliti dan riadah (Meru Valley Resort), edaran automotif (Ban Hoe Seng Auto) dan pendidikan (Bonanza Educare).

Bertemakan era 70an, ruang lobi hotel juga dihiasi dengan paparan berlatarbelakangkan bandar lama Ipoh, replika kedia runcit dan gerai minum tepi jalan.

Suasana penuh warna-warni beserta alunan lagu-lagu rancak dan menghiburkan menggamit memori pada pesta era 70an.

Dengan lebih 400 kakitangan memakai pakaian mengikut tema majlis itu, penampilan mereka ternyata menghidupkan suasana pada malam tadi.

BVH #Bettertogether Dinner ini juga antara lain bagi mengumpulkan warga kerja BVH termasuk anak syarikat di Miri, Sarawak yang dilibatkan menerusi siaran langsung secara online.

Keceriaan majlis tambah dirasai dengan celoteh menghiburkan pengacara majlis yang cukup dikenali, tidak lain tidak bukan iaitu KT Pillai.

Bagi memeriahkan lagi majlis, kakitangan juga telah menunjukkan bakat nyanyian dan tarian dalam BVH Got Talent Showcase.

Tidak terkecuali para petugas Ipoh Echo yang bergabung mengadakan persembahan bersama Ipoh World dan Share Services.

Persembahan terbaik dimenangi kakitangan Bonanza Educare yang menampilkan nyanyian bertenaga dengan gabungan tarian rancak.