TMP2024: Semua pihak harus berkerjasama- Saarani
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 574
Kuala Lumpur: Sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024), Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad yakin sasaran 8 juta pelancong domestik dan 325,000 pelancong asing dengan jangkaan nilai resit pelancongan mencecah RM10 bilion bakal terlaksana.
Menurutnya, negeri Perak mencatatkan peningkatan kedatangan pelancong kedua tertinggi dalam negara iaitu seramai 6.9 juta pelancong berbanding hanya 1.35 juta pelancong yang direkodkan pada 2021.
“Ia sekaligus meletakkan Perak pada kedudukan kedua selepas Pahang yang menerima kedatangan seramai 7.8 juta pelancong domestik tahun lalu.
“Sasarkan itu adalah realistik sesuai dengan kepelbagaian produk pelancongan yang ditawarkan, sejajar dengan reputasi Perak yang menjadi antara destinasi pilihan utama pelancong pada masa akan datang.
“Namun untuk merialisasikannya, semua pihak haruslah berkerjasama serta memainkan peranan serta mewujudkan produk-produk pelancongan baharu bagi negeri Perak,” katanya dalam ucapan beliau sempena Majlis Perasmian Prapelancaran TMP2024 di Centrecourt, NU Sentral, Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurutnya lagi, perlaksaan projek lebuh raya sepanjang 233-kilometer yang menghubungkan Banting, Selangor dan Taiping Selatan di Perak bakal memudahkan kunjugan pelancong dari luar Perak.
“Pembukaan WCE dijangka pada hujung tahun ini akan menjadi satu lagi pintu masuk utama pelancong ke negeri Perak. Bermula dari Hutan Melintang, laluan lebuhraya ini akan membawa anda menelusuri negeri Perak melalui beberapa persimpangan susur keluar iaitu Teluk Intan yang terkenal dengan Menara Condong; Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, yang menjadi pintu masuk ke Pulau Pangkor.
“Di Perak, WCE melibatkan persimpangan susur keluar terakhir iaitu Taiping Selatan, bersambung secara terus dengan susur keluar persimpangan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Changkat Jering.
“Lebuhraya baharu ini juga akan membuka akses kepada destinasi pelancongan lain yang menarik di kawasan pesisir pantai negeri Perak untuk diterokai termasuk menjadi laluan pintas ke Bagan Datuk yang bakal menerima impak ketara dengan pembukaan WCE,” katanya yang turut merasmikan Majlis Perasmian TMP2024.
Lebih lima ribu pengunjung menyaksikan majlis TMP2024. Majlis turut mengajurkan Perak Travel Fair 2.0 yang berlangsung selama tiga hari pada hibgga 16 Julai 2023.
Seramai 22 orang pengusaha produk pelancongan, enam pengusaha makanan dan 4 pengusaha produk kraftangan turut mengetengahkan keunikanan masing-masing.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee.
Sebarang maklumat lanjut mengenai pelaksanaan program sempena Tahun Melawat Perak 2024, bolehlah melayari laman Facebook, Instagram, TikTok atau laman sesawang Tourism Perak: http://tourismperakmalaysia.com. -PERAKTASTIC-