Madam Kok, sebuah kafe yang terletak ditentang-tengah bandaraya Ipoh menyajikan menu masakan kaum Cina, tanpa menggunakan daging khinzir dalam setiap menu terutamanya Dim Sum.

 Sajian Dim Sum tanpa menggunakan daging khinzir tetap menyelerakan tanpa merubah citarasa sebenar.

Kelazatan Dim Sum ini diperakui sendiri oleh pengkritik makanan terkenal, See Foon Chan Koppen.

Menu Dim Sum yang penuh dengan kreativiti ini, berjaya diketengahkan dengan menggunakan daging ayam dan pelbagai bahan sampingan yang hahal dan tidak diragui.

Gigitan pertama Chicken Siu Mai ternyata menunjukkan kemahiran tukang masak di kafe ini. Kelembutan tekstur daging ayamnya memukau citarasa dan berjaya membuka selera.

Hidangan Har Gow, atau Dumpling Udang, yang dibaluti rapi sememangnya memberi citarasa makanan laut yang sebenar.

Begitu juga gulungan spring yang rangup dengan kombinasi sayur-sayuran dan ayam tidak kurang enaknya.

Ternyata, kemahiran dan kreativiti menggabungkan pelbagai rempah, sos dan bahan segar berjaya mengekalkan citarasa Sim Sum yang sebenar. Contohnya, Black Pepper Siu Mai, memberi kelainan dari biasa.

Sajian Dumpling Sup berkulit arang sangat menyelerakan dan dijual pada harga RM12.90.

Begitu juga kelembutan Pau Telur Masin berkrim pasti memikat selera pengunjung.  Tart Portugis yang diadun rapi dari resepi nenek moyang juga tidak kurang hebatnya.

Madam Kok sebuah kafe yang selesa bersama persekitaran yang mendamaikan sesuai untuk seisi keluarga bersantai sambil menimati Dum Sum tradisonal ini.

Di sini juga, disediakan bilik persendirian yang mewah dan selesa pada harga RM350 sesuai untuk VIP ataupun kenalan istimewa.

Bagi yang ingin melangsung majlis keraian seperti majlis perkhawinan, hari jadi dan lain-lain juga terdapat di sini bersama berkongsi ruang dengan kafe Madam Kok.

Kafe Madam Kok terletak dia NO.2, Jalan Kelab Golf, 30350 Ipoh, Perak . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Annie @ 012-515 6336. - Oleh: Seefoon Chan Koppen