Ipoh- Hospital Pantai Ipoh (PHI) menerima anugerah World Stroke Organization Angels Platinum Award pada tahun 2022 dengan mengekalkan tahap dedikasi dan standard yang tinggi dalam menyediakan rawatan untuk pesakit strok.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ipoh (PHI), Chong Siet Fong berkata anugerah itu diberi menerusi perlaksanaan Kesedaran Kecemasan ‘Every Second Counts’.

“Soroton daripada itu, IHH Healthcare dengan kerjasama 16 buah hospital seluruh negara akan melangsungkan latihan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang bakal dinokbatkan dalam Malaysia Book of Records.

“Latihan CPR itu merupakan aktiviti secara fizikal sempena Nationwide A&E Campaign.

“Kempen ini bertujuan menyampaikan maklumat tentang persediaan dan kesedaran dalam penyediaan infrastruktur lengkap, komitmen, tanggungjawab serta kewajipan terhadap tindak balas masyarakat kepada pesakit.

“Setiap hospital akan memilih beberapa agensi untuk bersama-sama mencapai matlamat IHH Healthcare bagi penyertaan paling ramai.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata program Dr Little Club: A&E Life Saver on Call 2023 memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak khususnya memupuk minat kearah kerjaya masa hadapan serta persediaan dalam menghadapi sebarang kecemasan.

“Program ini mampu membuka minda dan menyerap minat kanak-kanak untuk membina kerjaya dalam bidang perubatan sebagai doktor pakar, pakar X-Ray, jururawat dan sebagainya,” katanya dalam ucapan sebelum melancarkan program Dr. Littel Event: A&E Lifesaver On Call 2023, di PHI di sini hari ini.

Program Dr Little Event - A&E Lifesaver On Call berjaya menarik perhatian seramai 108 orang kanak-kanak berusia 5-8 tahun.

Program ini juga, memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka lebih lanjut tentang pengetahuan berkaitan dengan pertolongan cemas dan perubatan melalui aktiviti seperti rawatan cirit birit, strok haba dan demam panas.

Sesi ceramah kesihatan untuk ibu bapa oleh pakar neurosurgeri, pakar perubatan pernafasan dan kakítangan jururawat Pantai Hospital Ipoh juga turut adakan.

Ceramah kesihatan itu memfokuskan tentang penyakit strok dan masalah pernafasan. Latihan Basic Life Support(BLS) turut diadakan oleh Jururawat PHI. - PERAKTASTIC-