Koleksi ‘Dream Of My Garden’, Eric Choong Pukau Pengunjung Art Ipoh 2.0
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 632
IPOH- Seramai 134 penggiat seni seluruh Malaysia dari pelbagai cabang kesenian bergabung menjayakan Art Ipoh 2.0 di Tin Alley dengan penuh meriah dan berwarna-warni.
Program yang dianjurkan oleh Persatuan Tin Alley Ipoh ini, dirasmikan oleh Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah semalam.
Lebih 1000 karya seni dipamirkan di setiap dinding bangunan yang berusia 116 tahun yang kini dijadikan galeri seni terbesar di bandaraya Ipoh.
Pertunjukan fesyen oleh Eric Choong anak kelahiran Perak yang mencipta nama di Hong Kong dan China berjaya memukau para pengunjung.
Busana rekaan terkininya bertajuk ‘Dream Of My Garden’ mempamirkan jelas kepada umum bahawa beliau adalah seorang pereka fesyen yang dianugerahi kreativiti semulajadi menerusi hasil sentuhan seni ‘tie and dye’.
Menurutnya Eric Choong, beliau mempersembahkan antara 10 rekaan busana baharu yang selebihnya akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada hujung bulan Ogos ini.
“Bagi menghargai peminat seni di Ipoh ini, saya mempamirkan dahulu sebahagian rekaan kepada umum menerusi Art Ipoh 2.0. Koleksi terbaharu ini akan dilancarkan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2023 ini.
“Idea koleksi ‘Dream Of My Garden’ tercetus sewaktu saya melawat ke beberapa negara. Karya seni ini menggabungkan keperbagaian warna-warna tropika dan alam semulajadi.
“Saya gembira kerana dijemput mempersembahkan hasil seni saya seperti seni catan yang menggunakan pewarna fabrik, akrilik serta dari sumber semulajadi seperti daun, pasir, tepung dan arang,” katanya ketika ditemual selepas pertunjukan fesyen, di sini semalam.
Pada acara perasmian itu, selain pertunjukan fesyen, pelbagai acara lain turut dilansungkan seperti demotrasi melukis secara langsung di atas bata, persembahan tarian naga, 'Stave Tan’s Historic Wet Palte Colodion Photography' dan beberapa lagi.
Tin Alley terletak di Lorong Bijih Timah, merupakan geleri kesenian negeri Perak yang mengumpulkan hasil karya seni budaya, warisan, kreativiti, dan gaya hidup.
Tin Alley berjaya menjadi platform utama menghubungkan penggiat seni (artis) serta usahawan kreatif kepada komuniti untuk mempromosikan karya seni anak tempatan khasnya. Selain itu, ia menjadi tarikan pelancongan yang mampu menjana ekonomi setempat.
Art Ipoh 2.0 berlangsung sehingga 1 Oktober 2023. -PERAKTASTIC-