Cucur udang antara menu tradisional yang popular sebagai sajian ringan minum petang bersama keluarga.

Adakah anda tercari-cari  dimanakah cucur udang yang menepati citarasa dan lokasi yang selesa sambil bersantai?

Apa kata anda luangkan masa ke Restoran The Lodge, Hotel Travelodge untuk menikmati cucur udang bersama teh tarik.

Set cucur udang bersama teh tarik ini, hanya RM10.90 sekepala. Ianya sangat berbaloi tambahan dinikmati dalam suasana selesa dengan alunan muzik menenangkan.

Kemahiran dan pengalaman Cef  yang menyediakan cucur udang ini seharusnya diberi pujian kerana mampu mengekalkan keaslian citarasa tradisional.

Keranggupan pada gigitan pertama ternyata mengembalikan nostalgia seperti menikmati cucur udang air tangan ibu sendiri.

Keenakan cucur udang semakin dirasai apabila dimakan bersama sos yang telah diubah suai.

Tawaran set cucur udang sempena hari kemerdekaan ini bermula 15 Ogos hingga 30 September 2023. Waktu minum petang bermula 12.00 tengahari hingga 6.00 petang.

Kuih Bulan Halal

Bersempena perayaan kuih bulan yang disambut oleh masyarakat Cina pada 29 September tahun ini, pihak pengurusan juga menyediakan tiga jenis kuih bulan.

Pengunjung diberi tiga pilihan citarasa kuih bulan halal ini pada harga yang berpatutun dan berbeza iaitu read bean (RM11.90), lotus (16.90) dan salted duck egg yolk (RM18.90).

Kuih bulan yang dipilih akan  masukkan kedalam kotak khas untuk dijadikan buah tangani sempena hari yang bersejarah itu nanti. - PERAKTASTIC-