Ipoh- Barah payudara, adalah isu kesihatan yang memerlukan pemahaman dan kepekaan, kerana kesedaran adalah kunci pencegahan yang berkesan.

Kempen‘Fight For Pink, Act For Blue’ berjaya menyuntik kesedaran kepada masyarakat bertapa pentingnya langkah pencegahan awal penyakit yang dilebelkan sebagai pembunuh senyap.

Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH), Dato' Lim Si Boon berkata pengesanan dan pencegahan awal penyakit kanseradalah penting daripada mengubati.

Kempen ini menggalakkan masyarakat mengutamakan kesihatan di samping memahami faktor risiko yang menyumbang kepada penyakit-penyakit ini.

Penyakit kanser payudara dan diabetes merupakan dua isu kesihatan yang seharusnya dipandang serius sebelum ianya lebih serius.

Selaras dengan itu, PCSH antara hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan kesihatan berkualiti seiring dengan perkembangan teknologi perubatan masa kini..

Bangunan baharu PCSH enam tingkat dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini bertujuan mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan dan kepuasan pelanggan pada kadar yang berpatutan,” katanya dalam ucapannya sempena Kempen Fight For Pink, Act For Blue di AEON Klebang di sini hari ini.

Simbolik logo kempen ini menggabungkan ‘Pink Ribbon’ untuk kesedaran kanser payudara dan lingkaran warna biru untuk kesedaran diabetes yang mengambarkan gaya hidup sihat dan pemeriksaan perubatan berkala.

Kempen sehari itu, merupakan anjuran Hospital Pakar Komuniti Perak (PCSH) dengan kerjasama Kinta Properties Holdings Sdn Bhd dan International Ipoh Fashion Week (IFW).

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin; Pengarah Kinta Properties Holdings Sdn Bhd, Edwin Lim dan Chief Executive Officer PCSH, Nicholas Chan.

Dato' Lim Si Boon, turut menyampaikan Baucar Mammogram dan Ultrasound Payudara Percuma kepada lima NGO dan Baucar Pakej Saringan Kesihatan Komprehensif bernilai RM30,000 juga kepada lima NGO. Kedua- dua sumbangan itu mewakili 200 penerima.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi Baharin berkata kempen seperti ini membantu masyarakat mengambil langkah proaktif dalam menjaga kesihatan diri dan keluarga. 

Ini merupakan inisiatif terbaik yang juga mampu menggalakkan masyarakat mempelajari diet pemakanan sihat melalui pelbagai aktiviti.

Pengambilan makanan yang tidak berkhasiat secara berlebihan berisiko kepada kesihatan dan boleh menyebabkan penyakit kronik," katanya.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah perkhidmatan saringan kesihatan termasuklah ujian tekanan darah, gula darah, lemak badan, kecergasan, penglihatan, pendengaran dan pendidikan kesihatan.

Kempen ini turut membuka peluang pengunjung membuat sumbangan rambut untuk pesakit kanser yang dikelolakan Hairdressing Skills Development Organization yang di ketuai oleh Pengarah Kreative, Khakjaksa Khalil. -PERAKTASTIC-