Persatuan Homestay Perak, sedia pakage menarik untuk Tahun Melawat Perak 2024
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 570
Ipoh: Pelancong domestik dan antarabangsa kini boleh membuat pilihan untuk menginap di ‘homestay’ ataupun ‘kampungstay’.
Pengerusi Persatuan Homestay Perak, Noradidah Mokhtar berkata produk homestay dan kampungstay adalah dua bentuk penginapan yang menawarkan pengalaman kehidupan desa yang unik kepada pelancong.
“Walaupun kedua-duanya berfokus pada budaya dan gaya hidup tempatan, terdapat beberapa perbezaan antara homestay dan kampungstay.
“Pengunjung homestay diberi bilik persendirian dan tinggal bersama-sama tuan rumah untuk merasai pengalaman kehidupan sekeluarga.
“Sementara kampungstay, pengusaha menyediakan sebuah rumah di dalam perkampungan yang dilengkapi dengan alat perabot dan kemudahan asas tanpa tinggal bersama tuan rumah.
“Cuma aktiviti yang disediakan adalah sama mengikut pakej yang disediakan. Secara ringkasnya, sekiranya pelancong ingin lebih meluangkan masa bersama keluarga sendiri, kampungstay adalah pilihan yang tepat,” kepada Ipoh Echo/ Peraktastic sewaktu ditemubual di program Festival Seni Homestay Perak, baru-baru ini.
Menurutnya lagi, sempena Tahun Melawat Perak 2024, pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung melalui pakage-pakage yang menarik dan mampu milik.
“Sebanyak sepuluh buah kampung dibawah Homestay Perak menyediakan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung. Setiap kampung mempunyai aktiviti yang berbeza mengikut warisan budaya masing-masing antaranya makanan, kesenian, cara kehidupan dan ekonomi setempat.
“Inilah keunikan homestay yang ada di negeri Perak. Pengunjung boleh merasai sendiri keunikan produk pelancongan homestay yang pelbagai ini.
“Kami juga menyediakan pakej tambahan iaitu aktiviti ‘outdoor’seperti ATV, mendaki bukit, memasak masakan tradisonal, berkhemah dan sebagainya,” katanya.
Pada masa yang sama, Noradidah juga berharap Exco Pelancongan, YB Loh Sze Yee dapat meluangkan masa untuk turun padang merasai sendiri aktivi-aktiviti homestay yang disediakan.
“Inilah tanda sokongan kami kepada kerajaan negeri melalui Tourism Perak sempena Tahun Melawat Perak 2024.
“Kami berharap juga, YB Loh dapat meluangkan masa bersama-sama kami. Kami mahu memperkenalkan pelbagai hidangkan makanan tradisional masyarat Melayu, persembahan kebudayaan, kraftangan dan banyak lagi.
“Kami juga ingin berkongsi masalah dari segi kekurangan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja promosi dan aktiviti-aktiviti. Sebelum ini kesemua pengusaha homestay di bawah persatuan ini menerima insentivif RM10,000 untuk melaksanakan program-program, namun kini ianya tiada lagi,” katanya.
Untuk makluman lanjut tentang pakej homestay bolehlah menghubungi Noradidah 012 506 0700. -PERAKTASTIC-