Filem magiK dedikasi untuk golongan pekak- Di pawagam 30 November 2023
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 820
IPOH- Filem magiK bergenre drama, keluarga dan fantasi berjaya menyelami konflik jiwa golongan bermasalah pendengaran dan mengetengahkan isu birokrasi dalam lingkungan komuniti.
Pengarahnya, Yasu Tanaka dan isterinya Bea Tanaka dari syarikat produksi, 42nd Pictures Sdn Bhd, berkata tanyangan khas filem ini menampilkan kelainan untuk masyarakat luar bandar termasuk golongan bermasalah pendengaran supaya dapat menonton filem itu secara lebih dekat.
“Kami sangat teruja untuk berinteraksi secara langsung dengan penonton yang hadir pada tayangan khas ini. PORT merupakan lokasi ke enam dan ternyata mendapat maklum balas yang baik dari penonton-penonton.
“Filem magiK adalah arahan kedua saya, ia bukan sekadar mengangkat kisah gadis pekak yang mampu berkomunikasi dengan kelip-kelip, malah mengetengahkan beberapa isu dalam kalangan komuniti antaranya pemuliharaan alam sekitar, birokrasi dan pendidikan.
“Tercetusnya idea magiK sewaktu saya mengadakan lawatan ke di Kampung Kelantan, Kuala Selangor untuk menyaksikan kelip-kelip. Idea itu disatukan pula dengan pengalaman isterisaya (Bea) yang sekian lama bersama komuniti pekak selain minat saya terhadap alam alam semula jadi.
“MagiK lebih menekan konfik jiwa seorang gadis pekak dalam satu keluarga yang menjadikan alam semula jadi sebagai sumber rezeki,” katanya kepada Ipoh Echo/Peraktastic.
Sementara itu, Bea menambah pengalamannya sebagai guru pendidikan khas bagi golongan pekak selama 15 tahun menarik minat suaminya (Yasu Tanaka) menghasilkan filem magiK.
“Filem ini dibagunkan atas pengalaman saya sebagai guru yang mendidik kanak-kanak pekak.Versi tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai “closed caption” yang memudahkan penonton dari komuniti bermasalah pendengaran.
"Terima kasih kepada PORT Ipoh yang menaja tayangan selama dua hari dan paling menarik kami dapat bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk bersama- sama menonton tanyangan khas ini” katanya.
Filem magiK, menampilkan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman, Kamarul Eqifshah dan bintang cilik, Qisya Hairulzain.
Sinopsis MagiK
Memaparkan Kit, gadis pekak berusia 7 tahun yang tinggal di sebuah perkampungan yang terkenal dengan kelip-kelip. Ibu bapanya bergelut dengan masalah kewangan kerana bapanya yang bekerja sebagai pendayung yang membawa pelancong melihat kelip-kelip.
Ibu mahu Kit belajar bahasa isyarat dan pergi ke sekolah, namun, Kit tidak berani untuk berkomunikasi dengan orang ramai kerana dia lebih cenderung untuk hidup dalam dunianya yang dikelilingi alam semula jadi.
Namun, semuanya mula berubah apabila Kit bertemu dengan seekor kelip-kelip yang seolah-olah berkomunikasi dengannya, berkelip dan terbang dengan cara tertentu.
Tayangan khas magiK telah bermula di Warung Adri, Kuantan, Pahang; Pantai Telaga Papan, Setiu, Terengganu; Space08000, Sungai Petani, Kedah; Kuala Lumpur ; YMCA, Georgetown, Pulau Pinang; PORT, Ipoh, Perak dan Embrace Hall, Johor Bahru, Johor.
MagiK akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 30 November 2023.
Sementara itu, pelaking tersohor Malaysia, Beto Kusyair yang memegang waktak sebagai pendayung, bapa kepada Kit berkata beliau tidak pernah menghadkan watak yang ditawarkan malah beliau lebih mementingkan mesej yang hendak disampaikan oleh pengarah filem.
“Watak yang saya lakonkan adalah watak realiti dalam masyakarat selain saya dapat mendekati dan menyelami bagaimana seorang bapa mempunyai seorang anak pekak. Ianya sanagat menerujakan saya.
“Filem ini telah digarap dengan baik dan dihasilkan dengan penuh kasih sayang. Tontonilah filem ini untuk kita lebih mendekati dan memahami dunia seorang kanak-kanak pekak selain sebagai hiburan sekeluarga,” katanya. - Peraktastic-