Sajian Warna-Warni Ramadan The Haven, Iftar Ramadan Berbaloi!
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 459
Tradisi berbuka puasa di hotel atau restoran menjadi trend masa kini terutama kepada mereka yang bekerja di bandar.
Sajian Warna-Warni Ramadan Iftar Bufet di Cuisines, The Haven All Suite Resort, Ipoh, sememangnya ditunggu-tunggu dan pasti mengubat rindu pada masakan ibu kampung.
Di sini anda berpeluang menikmati lebih 60 jenis sajian membangkit selera disamping suasana damai kelilingi kehijauan alam semulajadi seolah-olah berada di kampung sendiri.
The Haven, pilihan yang tetap kepada yang mengutamakan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Ini kerana semua sajian bebas daripada bahan perasa tiruan seperti MSG.
Keharuman aroma Sup Gearbox, menu terkenal The Haven menjadi pembuka selera. Sajian utama yang lain seperti Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng Perak, Ikan Goreng Berempah, Udang Goreng Kunyit, Kambing Varuval, Rendang Ayam, Bubur Lambuk, Sayur Campur, Nasi Putih, dan Nasi Hujan Panas pastinya mewarnai citarasa anda sekeluarga.
Tidak kurang hebatnya daging kambing panggang yang diperap dengan rempah ratus terpilih menjadi rebutan pengunjung.
Proses pemanggangan selama berjam-jam menghasilkan daging yang lembut dan beraroma, menjadikan setiap gigitan sebuah pengalaman yang luar biasa.
Kambing panggang mempunyai peminatnya tersendiri. Cef yang bertugas sentiasa memastikan kualiti daging yang dipanggang menepati citarasa pengunjung.
Proses perapan dan tempoh pemanggangan yang teliti dan lama antara kaedah menghasilkan kelembutan pada tekstur daging dan beraroma yang harum. Inilah keistimewaan kambing panggang The Haven.
Pilihan lain seperti Kepak Ayam Bakar dan Ikan Bakar disajikan secara langsung yang juga tidak kurang lazatnya.
Selera kampung lebih terasa dengan sajian ulam-ulaman segar antaranya ulam raja, kacang kelisa, dan jantung pisang bersama sambal belacan dan tempoyak. Begitu juga pelbagai pilihan kerabu antaranya Kerabu Daging Pucuk Paku dan Kerabu Sotong sentiasa menjadi rebutan pengunjung.
Mereka yang sukakan bubur tradisional Melayu bolehlah mencuba Bubur Lambuk, Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, Sagu Gula Melaka dan Dadih.
Buah-buahan segar seperti nangka madu dan buah naga menjadi pilihan pencuci mulut disamping kelazatan aneka kek dan kuih muih tradisonal.
Sajian Warna-Warni Ramadan Iftar Buffet menawarkan harga RM99.00 untuk dewasa dan RM85.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun) atau warga emas (65 tahun ke atas).
Tempahan awal melayakkan anda mendapat diskaun 15% iaitu RM116.00 (Dewasa) dan RM99.00 (kanak-kanak) dan warga emas 15 hari sebelum tarikh tempahan. Pakej istimewa 10 pax, percuma 1 pax dengan harga serendah RM124.00 seorang, kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas RM106.00.
Percuma untuk 2 orang kanak-kanak bawah 6 tahun dengan pembayaran untuk 2 dewasa.
Tempahan boleh dibuat melalui talian 05-540 0010 atau terus lawati laman sesawang www.thehavenresorts.com - PERAKTASTIC-