Bufet Ramadan di TUI BLUE The Haven Ipoh: Gabungan Tradisi dan Kemewahan Rasa
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Komuniti
- Hits: 401
Ramadan kembali lagi... TUI BLUE The Haven Ipoh sekali lagi membangkitkan nostalgia berbuka puasa dengan sajian autentik yang memikat selera.
Bermula 3 Mac hingga 29 Mac 2025, bufet Sajian Ramadan di Cuisines The Restaurant ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang eksklusif dalam suasana yang tenang dan mendamaikan.
Lebih 60 hidangan tradisi disajikan, menampilkan resipi turun-temurun yang kaya dengan aroma dan cita rasa.
Seperti tahun sebelumnya, sajian yang paling dinanti pastinya Sup Gearbox, menu signature yang menjadi rebutan setiap kali Ramadan. Dimasak dengan adunan rempah ratus istimewa, kepekatan kuah dan kelembutan dagingnya memberikan kepuasan yang sukar ditandingi di Ipoh.
Selain itu, Rendang Tok Daging Lembut turut mencuri perhatian. Disediakan mengikut resipi warisan, kelembutan daging yang kaya dengan rempah menjadikan ia pilihan utama pencinta masakan tradisional.
Udang Masak Berempah bersaiz besar pula menampilkan keseimbangan cita rasa pedas dan aroma menggoda yang membangkitkan selera tambah pula dinikmati bersama pelbagai ulaman dan kerabu segar.
Bagi penggemar hidangan panggang, Kambing Bakar yang diperap dengan rempah terpilih pasti menjadi tarikan utama. Tekstur daging yang empuk dengan aroma panggangan yang menggoda menjadikannya menu yang wajib dicuba.
Sementara itu, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi menghadirkan kombinasi rasa salai yang unik dengan kepekatan kuah lemak cili padi yang mengimbau nostalgia air tangan ibu di kampung.
Lebih istimewa, gerai juadah khas yang dikendalikan oleh barisan chef berpengalaman turut menawarkan pelbagai hidangan sampingan yang tidak kurang hebatnya, seperti cucur udang, satey dan BBQ.
Tidak sempuna sekiranya tidak merasai keenakan pelbagai kuih muih tradisional Melayu bersama kopi mesin yang melengkapkan iftar anda.
Promosi terhad dengan potongan harga 15% ditawarkan bagi tempahan prabayar sebelum 14 hari.
Harga pakej adalah RM99.00 untuk dewasa (harga biasa RM118) dan RM85.00 bagi kanak-kanak berumur 6-12 tahun serta warga emas 65 tahun ke atas (harga biasa RM99).
Pihak pengurusan juga menawarkan pakej penginapan bersama Sahur dan Iftar bermula 2 Mac hingga 29 Mac 2025.2.
Antara pakejnya ialah 1 Bedroom Deluxe Suite Lakeview RM599 semalam untuk dua orang (harga asal RM904). 3 Bedroom Deluxe Suite Lakeview RM999 semalam untuk lima orang (harga asal RM1,835) dan 3 Bedroom Executive Suite Lakeview RM1,399 semalam untuk enam orang (harga asal RM2,472).
Tempahan dan pertanyaan, hubungi +605-540 0000 / 0010 atau layari laman sesawang tuibluethehavenipoh.com