MH Hotel, Ipoh, kembali dengan Buffet Ramadan Kareem yang menawarkan harga paling rendah berbanding hotel lain di bandar ini!

Menampilkan lebih daripada 60 jenis hidangan pada harga RM58.80 untuk dewasa, pelanggan berpeluang menikmati sajian autentik bercita rasa kampung dan Timur Tengah dalam suasana yang selesa serta eksklusif.

Menurut Pengurus Makanan dan Minuman MH Hotel, Azizan @ Jebat, pihak hotel turut menawarkan harga istimewa untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas serta kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun pada kadar RM51.80.

Lebih menarik, promosi Early Savers membolehkan pelanggan menikmati harga serendah RM48.80 pada 5, 6, dan 7 Mac.

“Kami juga memperkenalkan Group Promo Book More For Less dengan harga RM55.00 bagi dewasa dan RM48.00 untuk warga emas serta kanak-kanak bagi tempahan sekurang-kurangnya 30 orang,” katanya.

Buffet Ramadan Kareem MH Hotel akan berlangsung dari 5 hingga 28 Mac di MH Grand Ballroom, Tingkat 5, bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Dengan kapasiti dewan yang mampu menampung 350 tetamu pada satu masa, ia menjadi pilihan ideal untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Mengutamakan kepelbagaian rasa dan kualiti makanan, Cef Eksekutif MH Hotel, Fauzi Ramli, menjelaskan bahawa hidangan panas dan segar akan disajikan setiap hari.

Antara menu utama yang disediakan ialah Nasi Pelangi, Ayam Bakar Madu Sarawak, Nasi Arab bersama Kambing Tandoori, Kambing Bakar, Sup Tulang Kambing Berempah, Pizza Al Karim, Murtabak, Kari Ikan bersama Bendi, Daging Bakar Masak Lemak Mangga Muda, Ikan Kukus Ala Thai Sos, Paru Goreng Kicap Manis Berlada, Sotong Kari Merah dan pelbagai lagi.

“Kami mengekalkan menu signature seperti Kambing Bakar, Sup Kambing Mediterranean, dan Nasi Arab yang diadun dengan rempah istimewa. Sup Kambing Mediterranean kami bukan sekadar sup biasa, tetapi kaya dengan rasa lemak, tekstur daging yang lembut, dan aroma rempah yang memikat selera,” tambahnya.

Selain itu, pihak hotel turut melakukan pusingan menu sebanyak empat kali sepanjang Ramadan bagi memastikan variasi hidangan kepada para tetamu, namun hidangan utama seperti kambing dan nasi Arab tetap tersedia setiap hari.

Untuk kemudahan pelanggan, MH Hotel turut menyediakan ruang solat di Tingkat 6 yang mampu menampung sehingga 100 orang pada satu masa, memudahkan tetamu menunaikan solat Maghrib sebelum menyambung sesi berbuka puasa.

Dengan harga yang berpatutan serta hidangan yang enak dan pelbagai, Buffet Ramadan Kareem MH Hotel sememangnya pilihan terbaik untuk berbuka puasa di Ipoh tahun ini!

Untuk tempahan, hubungi:

05-545 1000 / 019 571 3388/ 019-550 9088 / 013-512 2988 / 013-523 2288 / 019-452 6688 / 019-531 1188

Jangan lepaskan peluang! Tempah awal dan nikmati pengalaman berbuka puasa yang hebat dengan harga istimewa! -PERAKTASTIC-